Pelajar maut motosikal ditunggangi rempuh lori - Utusan Malaysia

Pelajar maut motosikal ditunggangi rempuh lori

ORANG ramai melihat keadaan mayat Muhammad Solihin Mustaqim Shamsul Azmi setelah terlibat kemalangan di Kilometer 17, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Binjai Rendah, Marang, hari ini.

 

MARANG: Seorang pelajar berusia 14 tahun maut setelah motosikal ditungganginya kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 17 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Binjai Rendah, di sini, hari ini. 

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Muhammad Solihin Mustaqim Shamsul Azmi yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor, Kuala Terengganu dekat sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah. 

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 1.50 petang. 

“Kemalangan dipercayai berlaku sewaktu sebuah lori yang datang dari arah Kuala Berang menghala ke arah Kuala Terengganu membuat pusingan ‘U’ di tempat yang khaskan, untuk berpatah balik ke arah Kuala Berang. 

“Ekoran jarak yang terlalu dekat mangsa yang menunggang Modenas Kriss dari arah Kuala Terengganu ke Kuala Berang cuba mengelak sehingga terbabas. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambah beliau, pemandu lori berusia 70 tahun beralamat di Kampung Gong Badak, Kuala Terengganu tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`