Pelaburan baharu China perlu utamakan pekerja tempatan - PM

Pelaburan baharu China perlu utamakan pekerja tempatan – PM

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga JPM di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hasrat beberapa syarikat terkemuka dari China untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau pelaburan mereka memberi satu lonjakan baharu imej dan harapan negara dalam menambah keyakinan pelabur baharu asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat mengalu-alukan minat negara berkenaan memilih Malaysia kali pertama dalam usaha itu, namun pada masa sama ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi iaitu dengan mengutamakan pekerja tempatan di sini.

Kata beliau, ia merupakan satu perubahan baharu berbanding amalan biasa pelaburan syarikat China di negara ini apabila seluruh pekerjanya datang dari negara tersebut.

“Jadi saya usulkan mesti ambil orang tempatan yang mempunyai kelayakan. Kalau dikenal pasti tidak ada tenaga cukup, maka kita akan luluskan segera dengan syarat dia buktikan ada usaha mengambil anak-anak tempatan.

“Jika tidak ada yang berkelayakan, mereka perlu wujudkan pasukan pelatih iaitu memberi latihan kepada anak tempatan kerana ia merupakan pelaburan puluhan bilion seperti minyak dan gas, bidang farmaseutikal selain Geely-Proton.

“Jadi dalam perbincangan saya dengan mereka dan syarikat tempatan Proton dipersetujui diadakan program latihan khusus untuk menentukan dipilih dari anak-anak tempatan dengan unjuran satu ke dua tahun sebelum membuka ruang kepada pegawai profesional dari negara China jika tidak ada yang layak,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.