PBB terima pakai resolusi Malaysia - PM

PBB terima pakai resolusi Malaysia – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi yang dianjurkan oleh Malaysia dengan kerjasama negara lain berhubung isu hak asasi manusia dan kelestarian, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, resolusi itu diterima dalam sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) berjudul ‘Menggalakkan Hak Asasi Manusia dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) menerusi Ketelusan, Kebertanggungjawaban dan Perkhidmatan Awam Efisyen’.

“Resolusi ini merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh Malaysia bersama-sama dengan ahli-ahli kumpulan teras dari pelbagai rantau iaitu Azerbaijan, Georgia, Thailand, Türkiye, Kenya dan Ecuador sejak 2021.

“Ini mempamerkan kesungguhan dan komitmen berterusan ahli-ahli kumpulan teras untuk menyumbang kepada agenda global hak asasi manusia melalui tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Tambahnya, keperluan untuk menguatkuasakan akauntabiliti untuk tadbir urus yang lebih baik dalam perkhidmatan awam memberikan nilai kemampanan, kemakmuran dan kepercayaan dalam sektor organisasi awam.

“Resolusi ini selaras dengan konsep Malaysia Madani iaitu memperkasakan  penyampaian perkhidmatan awam melalui ketelusan, akauntabiliti dan integriti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya