Op Bersepadu Aidilfitri 18 April ini - Utusan Malaysia

Op Bersepadu Aidilfitri 18 April ini

LOKE Siew Fook menandatangani plak perasmian bangunan baharu JPJ di Bentong, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan sembilan kesalahan utama tanpa kompromi pada Op Bersepadu Hari Raya Aidilfitri serentak seluruh negara bermula 18 sehingga 27 April ini.

Antara kesalahan itu adalah tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, langkah itu bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kompaun kesalahan terbabit tidak akan dikurangkan dan perlu diselesaikan di mahkamah.

Beliau berkata, penguatkuasaan juga akan diberikan tumpuan kepada 231 lokasi kawasan panas sering berlaku kemalangan seluruh negara dengan 32 darinya adalah di negeri ini.

“Jadi kita berharap pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Ini termasuklah jalan di Pahang kerana ramai perantau dari Lembah Klang balik ke Terengganu dan Kelantan melalui negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bentong di sini hari ini.

Siew Foke berkata, sepanjang Op Bersepadu Aidilfitri kali ini, kenderaan berat dilarang beroperasi bagi melancarkan pergerakan trafik.

Beliau berkata, pihak penguat kuasa seperti JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berada di lokasi panas kemalangan di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN