PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan menyahklasifikasi tragedi ‘Double Six‘ yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens bersama 10 lagi mangsa bakal melegakan waris yang akan mengetahui kebenaran mengenai kemalangan udara itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Jeniri Amir berkata, segala kontroversi, spekulasi dan teori konspirasi mungkin dapat dijawab dengan pendedahan menyeluruh apabila dokumen itu dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum. Menurut beliau, ia sekali…