Nikita Mirzani jalani pembedahan buang ketumbuhan - Utusan Malaysia

Nikita Mirzani jalani pembedahan buang ketumbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Derita akibat ketumbuhan bahagian dada ditanggung Nikita Mirzani berakhir selepas pelakon sensasi Indonesia itu menjalani pembedahan pada semalam.

Lapor portal Liputan6, pelakon drama Jodoh Tak Bersayap itu sebelum dibedah memohon peminatnya mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan lancar.

“Saya mahu tenang, sebab pembedahan ini besar. Doakan agar semuanya lancar,” katanya.

Terdahulu, ibu tiga cahaya mata itu memaklumkan telah mengesan ketumbuhan tersebut sejak setahun lalu namun tidak menghiraukannya.

Bagaimanapun, kesakitan yang semakin dirasakan memaksa pelakon berkenaan untuk membuang tumor berkenaan.

“Ada tumor di bahagian dada. Saya tahu sejak setahun lalu tapi dibiarkan sahaja.

“Lama kelamaan ia menyakitkan. Tidur pun terpaksa menghadap ke kanan,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya