Nelydia Senrose tak tertekan soal anak - Utusan Malaysia

Nelydia Senrose tak tertekan soal anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nelydia Senrose berharap peminat mendoakan satu hari nanti dia dan suami, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid dikurniakan cahaya mata.

Katanya, dia menghargai peminat atau mana-mana individu yang bertanyakan perkara itu
dan berharap agar mereka juga tidak lupa untuk mendoakan yang baik untuk rumah tangganya.

“Saya okey sahaja bila ada yang bertanyakan tentang cahaya mata walaupun saya tak ada jawapan bagi soalan mereka.

“Mereka yang bertanya, bagi saya, prihatin. Secara tak langsung, mereka juga mendoakan saya,” katanya.

Nelydia atau nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen selamat bergelar isteri kepada Mohd. Hafez pada April 2019.

Dalam pada itu, pelakon filem Cinderella itu memaklumkan dia tidak tergesa-gesa untuk menimang cahaya mata dan hanya menyerahkan perkara itu kepada Allah S.W.T.

“Take it easy, tak perlu stress. Saya percaya ketentuan Allah kerana rezeki ditulis oleh-Nya.

“Belum masanya lagi, walaupun saya dan suami mengharapkan. Apa juga keadaan, saya terima,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya