Muzik video melampau, Aliff Syukri serah peguam - Utusan Malaysia

Muzik video melampau, Aliff Syukri serah peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti dan usahawan, Datuk Aliff Syukri menyerahkan kepada pihak peguammnya berhubung laporan polis yang difailkan terhadap muzik klip video pendek lagu raya berjudul Cak Kun Cak Raya nyanyiannya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, selebriti sensasi itu berkata, dia ketika ini tidak dapat memberi komen lebih lantaran sedang sibuk menguruskan keluarga selepas kelahiran anak keenamnya.

“Maaf, saya tak boleh beri komen lebih. Saya juga sedang sibuk menyambut kelahiran anak keenam.

“Untuk isu tersebut, saya serahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (Irama) semalam membuat laporan polis telah dibuat terhadap video klip berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Presidennya, Ayob Abdul Majid berkata, penampilan ahli perniagaan itu bersama lima penari yang berpakaian baju Melayu ketat dalam keadaan terkinja-kinja juga dilihat tidak sopan untuk dipertontonkan kepada umum.

“Tindakan seumpama itu juga boleh merosakkan nilai dan tradisi baju Melayu. Satu tindakan tegas perlu diambil kepada mereka yang terlibat.

“Klip video berkenaan dilihat menyalahi undang-undang bukan saja pakaiannya menghina baju Melayu, malah perlakuannya sangat keterlaluan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN