BERA: Meskipun sudah sembilan tahun, waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 itu tetap menanti ‘kepulangan’ anak ke sisi keluarga. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang bapa, Selamat Omar, 70, mengakui rindunya terhadap, Mohd. Khairul Amri Selamat semakin membuak-buak terutama menjelang Syawal yang kian menjelang. Menurut beliau, isterinya turut merindui anak ketiga dari empat beradik itu, malah ibu Khairul juga sudah kering air mata.…










