ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa tindakan pihak tertentu menyerang dirinya adalah untuk membina persepsi bahawa Kedah akan rugi jika Perikatan Nasional (PN) dikekalkan sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Menurutnya, pihak berkaitan juga cuba menggambarkan bahawa negeri itu akan maju, beruntung dan mendapat bantuan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sekiranya memilih Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan negeri di Kedah. Muhammad Sanusi yang juga…