Mekap tebal boleh jadi terlepas pandang - Isyariana - Utusan Malaysia

Mekap tebal boleh jadi terlepas pandang – Isyariana

ISYARIANA dalam drama Isteri Halal di OneChinoiz Studios, Bandar Sri Permaisuri. FOTO - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/PEMBERITA - HASIF / YATI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON, Isyariana, 32, berkata, isu solekan berlebihan di set penggambaran kadang-kadang tidak dapat dielakkan kerana pelakon terlibat menjayakan babak yang terlalu panjang dalam tempoh seharian. 

Baginya, ia lebih kepada isu terlepas pandang dan bukan atas dasar kehendak pelakon semata-mata dengan imej sedemikian. 

“Kadang-kadang terpaksa sebab adegan terlalu panjang dan kita jadi kalut juga. 

“Lebih-lebih lagi pula kalau terlalu banyak babak dalam masa sehari, mungkin boleh terlepas pandang perkara seperti ini,” katanya. 

Bagaimanapun, pelakon yang sedang meningkat naik menerusi drama bersiri Isteri Halal ini memaklumkan dia sendiri menjaga aspek tersebut supaya tidak bercanggah dengan setiap adegan yang dijayakan. 

“Saya memang peka dengan bab mekap sebab nak jaga kesinambungan jalan cerita. Sebagai pelakon, kita mesti bertanggungjawab contohnya kalau pakai baju tidur tak perlu mekap dan aksesori. 

“Pengarah juga sering mengingatkan pelakon di set penggambaran mengenai solekan bersesuaian,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya