Maut selepas kereta langgar belakang lori - Utusan Malaysia

Maut selepas kereta langgar belakang lori

KEADAAN kemalangan yang menyebabkan seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 1.5 Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 44 maut selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 1.5 Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4.19 pagi itu, mangsa, S. Vitra Stevan, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Israhanafi Ismail berkata, sebaik sahaja menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan pihak bomba terus ke lokasi kejadian.

“Apabila bomba tiba di lokasi kejadian didapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja melanggar belakang sebuah lori dan terdapat seorang mangsa pemandu kereta tersepit dibahagian pemandu.

”Komander Operasi membuat ‘size up’ di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan pukul 4.51 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

”Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pukul 5.04 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya