Maut rempuh belakang lori rosak

Maut rempuh belakang lori rosak

KEMALANGAN maut membabitkan seorang penunggang motosikal yang merempuh sebuah lori di hadapan UiTM Kedah di Jalan Bedong-Merbok, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah lori rosak yang berhenti di tepi jalan di hadapan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah di Jalan Bedong-Merbok, tengah hari semalam.

Mangsa, Muhammad Hamiz Arshad Ali, 35, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas merempuh bahagian sisi kanan belakang lori jenis Hino.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Semeling ke Merbok, sebelum dia merempuh lori rosak terbabit yang tidak meletakkan segi tiga keselamatan di belakangnya.

“Mangsa yang melalui laluan itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh lori berkenaan menyebabkan dia tercampak ke tengah jalan. Kesan rempuhan menyebabkan bahagian hadapan motosikalnya rosak teruk dan besi penghadang kanan lori patah,” katanya.

Kata Zaidy, pemandu lori berusia 56 tahun yang berada di luar kenderaan ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya