KUALA LUMPUR: Palestin menyeru Malaysia menggunakan pengaruh dan kelantangan bersuaranya untuk mengajak dunia bersama-sama mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada serangan rejim Zionis. Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menyifatkan, serangan berterusan rejim tersebut ke atas masjid itu adalah sebahagian daripada usaha Israel untuk merampas seluruh kawasan masjid tersebut. Justeru, katanya, sokongan terhadap mempertahankan masjid itu amat penting kerana percaya pengaruh besar yang ada pada Malaysia dalam menghentikan keganasan Israel. “Malaysia…