MAJLIS Berbuka Puasa Bersama Orang DiSelia (ODS) serta Komuniti 2023 berlangsung di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Muda, Kampung Teluk Nipah, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Ketua pusat itu, Penguasa Penjara (PP) Abdul Ghani Md. Isa berkata, seramai 40 ODS sebelum dibebaskan mengambil bahagian Khatam al-Quran yang turut disaksikan oleh Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Negeri Kedah, Abdul Kadir Jailani Ismail.
“Melalui majlis seumpama ini, ia boleh mengeratkan hubungan baik antara kakitangan pusat itu dengan ODS serta komuniti tempatan,” katanya.-utusan