Lesen PSV kini boleh diperoleh dalam masa seminggu

Lesen PSV kini boleh diperoleh dalam masa seminggu

LOKE beramah mesra dengan pemandu e-hailing OKU di Kementerian Pengankutan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Urusan bagi mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi pemandu e-hailing kini lebih cepat dan boleh diperoleh hanya dalam masa seminggu.

Itu jaminan diberikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada bakal pemandu e-hailing susulan pemansuhan ujian teori bagi PSV yang mula berkuat kuasa sejak minggu lalu.

Loke berkata, sebelum ini, setiap pemandu perlu menunggu antara dua hingga tiga bulan bagi mendapatkan lesen PSV dengan lebih 2,000 permohonan lesen PSV tertangguh terutama di Lembah Klang sebagaimana dimaklumkan syarikat pengendali perniagaan pengantaraan (EHO).

“Kerjasama dengan EHO sekali gus berjaya menyelesaikan lebih 2,000 permohonan lesen PSV yang tertunggak sejak tiga bulan lalu.

“Sebelum ini, kapasiti untuk meluluskan lesen PSV amat terhad iaitu sekitar 200 ke 300 pemandu seminggu disebabkan pelaksanaan ujian teori berkenaan.

“Hari ini, seramai 300 kumpulan pertama pemandu e-hailing berjaya mendapat lesen PSV selepas dasar berkenaan dikuat kuasa minggu lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lesen PSV kepada 300 calon pemandu e-Hailing Grab, di sini hari ini.

Loke berkata, pihaknya menjangkakan isu permohonan tertunggak itu akan dapat diselesaikan selepas Aidilfitri ini.

Pada majlis sama, Loke turut menyampaikan lesen PSV kepada pemandu e-hailing orang kelainan upaya (OKU) pekak yang merangkumi seramai 210 daripada 2,295 orang keseluruhan calon pemandu Grab adalah OKU.

“Sebelum ini pemandu e-hailing OKU pekak tidak dibenarkan memandu, namun dengan kuasa menteri yang ada mereka dibenarkan.

Data daripada EHO menunjukkan pemandu pekak ini boleh memandu dengan baik dan tidak timbul isu keselamatan kepada penumpang, malah mereka adalah pemandu yang berhemah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya