KPDN mula pelaksanaan SHMMP 17 April - Utusan Malaysia

KPDN mula pelaksanaan SHMMP 17 April

KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri melibatkan 30 barangan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri melibatkan 30 barangan, dijang­ka dilaksanakan bermula 17 April ini.

Sumber sebuah kementerian yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, pengumuman skim tersebut akan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 13 April ini.

Katanya, skim yang melibatkan pelbagai jenis barangan itu merangkumi barangan keperluan utama di musim perayaan yang sering mendapat permintaan tinggi.

“Baru-baru ini Menteri Perdaga­ngan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan akan mengumumkan 30 barangan di bawah pelaksa­naan SHMMP sempena Aidilfitri, pada 13 April ini.

“Jadi, pada 13 April nanti KPDN akan panggil media untuk mengumumkan skim tersebut. Tapi buat masa ini, apa bentuk 30 barangan di bawah skim itu, kita tak boleh umumkan lagi manakala bagi pelaksa­naan skim ini pula, jika tak silap bermula 17 April,” kata sumber yang dihubungi, semalam.

Sumber berkata, pelaksa­naan skim tersebut melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan keberkesanan serta daya efisien skim itu bagi membantu rakyat.

“Ada 30 barang kawalan di bawah skim ini, biasanya barangan yang mendapat permintaan tinggi sewaktu musim perayaan. Tapi macam sekarang kawalan memang sudah dibuat ke atas ayam dan telur.

“Jadi lanjutan daripada itu mungkin akan melibatkan barangan seperti daging, cili, bawang dan sebagainya. Sebabnya, kita ada buat libat urus juga dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mendapatkan julat harga,” kata sumber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN