Kemungkinan anak bulan Syawal kelihatan pada Jumaat tipis – Mufti Kedah

Kemungkinan anak bulan Syawal kelihatan pada Jumaat tipis – Mufti Kedah

SYEIKH FADZIL AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menasihatkan umat Islam agar tidak berbalah dan mempercayai khabar angin tentang spekulasi tarikh Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal nanti termasuk menyebarkan khabar yang belum sahih tersebut, selain menjadikan pihak tertentu sebagai sumber maklumat.

“Jangan berbalah atau sebar tentang spekulasi 1 Syawal sehingga merujuk kepada Pusat  Astronomi Antarabangsa bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat. Kita mempunyai 29 stesen cerapan untuk melihat anak bulan di seluruh Malaysia yang akan menentukan perkara ini.

“Berdasarkan perbincangan dengan semua sahabat-sahabat kita yang terlibat bahawa pada malam Jumaat (tarikh lihat anak bulan) itu kemungkinan untuk dapat lihat anak bulan sangat tipis dan tidak mencukupi kriteria-kriteria yang diputuskan.

“Walau apa pun keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada malam itu setelah menerima laporan hasil cerapan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Infaq Ayam Segar kepada Fakir dan Miskin di Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena, di sini hari ini.

SYEIKH Fadzil Awang (dua kiri) bersama Norizan Khazali menyampaikan sumbangan ayam segar pada Majlis Perasmian Infaq Ayam Segar kepada Fakir dan Miskin di Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH

Beliau mengulas tentang pengumuman Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UEA), baru-baru ini yang menjangka 1 Syawal pada Jumaat, 21 April.

Mengulas lanjut kata Syeikh Fadzil, umat Islam perlu fokus beramal ibadat ketika ini terutama apabila Ramadan sudah memasuki 10 malam terakhir untuk mengejar Lailatul Qadar.

“Sepuluh malam Ramadan ini yang dinanti-nantikan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, Carilah nanti kedatangan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Malah baginda mempersingkatkan tempoh itu pada malam-malam ganjil iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.

“Apabila datang masa yang disifatkan kemuncak Ramadan itu, kita sepatutnya melipat gandakan amal ibadat kita namun tiba-tiba kita lalai dan semakin menjauhkan diri daripada masjid.

“Mungkin kerana sibuk dengan persiapan hari raya atau sudah keletihan? Namun kita perlu meniru amalan Nabi Muhammad SAW yang melipat gandakan amalan sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Sementara itu, seramai 3,333 keluarga asnaf, fakir dan miskin di lima daerah iaitu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda dan Yan menerima agihan infaq ayam segar bermula hari ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Norizan Khazali yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, sebanyak RM99,000 diperuntukkan untuk program itu dengan masing-masing menerima dua ekor ayam segar bersaiz anggaran 1.5 hingga 1.7 kilogram.

“Harapan LZNK, program Infaq Ayam Segar ini akan dapat membantu semua dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih sempurna,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, LZNK turut menyasarkan jumlah kutipan zakat fitrah di Kedah pada tahun ini sebanyak RM12.4 juta. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya