Kejohanan gusti Jepun beri tuah pada Emman Azman

Kejohanan gusti Jepun beri tuah pada Emman Azman

EMMAN Azman sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila menang dalam kejohanan gusti New Japan Pro Wrestling (NJPW) Tamashii 16 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejohanan gusti Jepun memberi tuah kepada Emman Azman apabila menang dalam kejohanan gusti New Japan Pro Wrestling (NJPW) Tamashii yang berlangsung di Australia, pada 16 April lalu.

Emman yang merupakan Juara Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth sebelum ini telah menang ketika menentang seterunya ahli gusti dari Australia, Jarvis dengan teknik KL Gold Running Elbow mengambil masa 11 minit.

“Emman berharap akan terus bersinar di Jepun dan mahu satu dunia tahu Emman seorang rakyat Malaysia yang satu-satunya menyertai kejohanan di syarikat gusti Jepun.

“Emman hadiahkan kemenangan ini kepada peminat-peminat Emman di Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi. Emman berusaha keras untuk menempa kejayaan ini. Sudah tentu sokongan dan doa daripada ibu dan keluarga Emman sentiasa menyemarakkan lagi semangat Emman untuk mengharumkan nama negara,” katanya.

Selepas kejohanan gusti New Japan Tamashii, Emman bakal menyertai kejohanan gusti Smashing Pumpkins Tour yang dikelolakan syarikat gusti Amerika Syarikat iaitu National Wrestling Alliance (NWA) pada 23 April dan 27 April ini.

Pada kejohanan itu, team Emman mewakili Australia akan menentang team Amerika Syarikat.

“Emman gembira menang menentang Jarvis dalam perlawanan memakan masa 11 minit. Masa Emman berumur 17 tahun, dah pergi ke Jepun untuk menonton perlawanan gusti di sana.

“Memang impian Emman nak jadi ahli gusti profesional, kalau tak WWE (World Wrestling Entertainment) atau AEW (All Elite Wrestling), tetapi sukar untuk percaya yang Emman akhirnya berjaya menjejak kaki bertanding di kejohanan syarikat gusti kedua terbesar dunia, dan menjadi rakyat Malaysia pertama masuk ke New Japan Pro Wrestling,” katanya.

Kejohanan gusti New Japan Tamashii yang berlangsung di Melbourne, Australia pada Ahad lalu mendapat perhatian dunia di mana syarikat NJPW yang ditubuhkan pada 1972 merupakan entiti sukan gusti yang terbesar dan popular di Jepun, selepas WWE.

Pada 8 April lalu, Emman muncul menang menentang Jarvis dalam perlawanan MCWBlood In TheWater yang berlangsung di Melbourne.

Sebelum itu, Emman menentang Jarvis buat kali pertama di pada MCW Ascension Tournament pada Mei tahun lalu.

Pada 18 Februari lalu juga, Emman turut mengharumkan nama negara apabila berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan pada kejohanan gusti ‘New Breed’ yang berlangsung di Kuash TTDI, di ibu negara.

Emman yang digelar Golden Boy telah menewaskan ahli gusti dari Singapura, Endboss Gregory dan menamatkan perlawanan itu dengan teknik tersendiri, iaitu KL Gold Running Elbow. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya