Kanak-kanak lelaki maut dirempuh motosikal

Kanak-kanak lelaki maut dirempuh motosikal

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Seorang kanak-kanak lelaki menghembuskan nafas terakhir selepas hampir 24 jam bertarung nyawa akibat dirempuh motosikal ketika melintas jalan petang semalam.

Dalam kejadian pukul 2 petang di Jalan Putra Perdana berdekatan Uptown Puchong itu, mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa disahkan maut kira-kira pukul 2.05 petang semalam akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dipimpin ibu dan bapanya untuk melintas jalan dari Uptown Puchong ke tempat letak kenderaan sebelum dirempuh sebuah motosikal.

“Rempuhan menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan, manakala penunggang motosikal yang merempuhnya pula melarikan diri,” katanya hari ini.

Katanya, buat masa ini, penunggang motosikal berkenaan belum hadir memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan disiasat semula dibawah seksyen 41(1) APJ 1987.

Wan Kamarul Azran berkata, beliau meminta penunggang motosikal berkenaan hadir ke balai polis terdekat untuk memberi keterangan berhubung kemalangan itu.

“Saksi yang melihat kemalangan itu juga diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi Inspektor Wellington Engkong,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya