Kanak-kanak cedera mata kanan ketika bermain mercun - Utusan Malaysia

Kanak-kanak cedera mata kanan ketika bermain mercun

KEADAAN kanak-kanak lelaki yang cedera di mata kanan ketika bermain mercun menerima rawatan di HSNZ, Kuala Terengganu. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera di mata kanan ketika bermain mercun bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di Kuala Nerus, dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di kawasan rumah kanak-kanak terbabit pada pukul  8.30 malam.

Menurut beliau, salah seorang daripada kanak-kanak berusia lapan sehingga 13 tahun itu telah menyalakan mercun yang diubah suai lalu menyebabkan berlaku letupan kuat.

“Abang mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, dua jam selepas itu.

“Salah seorang mangsa masih diberikan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kanan.

“Sementara itu, tiga orang lagi rakan mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama akibat kecederaan pada anggota tubuh badan,” ujarnya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahim memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Tambahnya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan mengabaikan kanak-kanak.

Katanya, sekiranya disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-keduanya.

“Ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak semasa bermain bunga api atau mercun kerana pengabaian kanak-kanak adalah kesalahan yang boleh didakwa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya