JKR diminta tangguh kerja penyelenggaraan

JKR diminta tangguh kerja penyelenggaraan

ANTHONY Loke Siew Fook beramah mesra dengan penumpang kanak-kanak selepas mengedarkan pek hari raya kepada penumpang tren yang pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2023 di Stesen Sentral Kuala Lumpur, hari ini. Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Samsudin (tengah). - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta menangguhkan dan menjadual semula kerja-kerja penurapan atau penyelenggaraan jalan raya bagi mengelakkan kesesakan tambahan sepanjang musim perayaan ini. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sepanjang musim perayaan trafik lalu lintas akan meningkat di semua lebuh raya terutamanya yang menghala keluar Lembah Klang, oleh itu, lebih baik menangguhkan dahulu kerja-kerja penurapan jalan. 

Bagaimanapun katanya, lebuh raya bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan tetapi beliau sudah meminta Ketua Setiausaha (KSU) kementeriannya untuk menghubungi KSU JKR bagi menyampaikan maklum balas.

“Saya tiada kuasa untuk mengawal selia atau mengarahkan pihak lebuh raya, terpulang kepada mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya pasti pihak lebuh raya tahu menguruskan keadaan seperti ini,” katanya pada sidang akhbar selepas pengedaran pek Hari Raya Aidilfitri kepada penumpang tren di KL Sentral, di sini hari ini. 

Semalam, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah ke Pantai Timur berhampiran Bentong mengalami kesesakan teruk akibat kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sudah memaklumkan perkara itu kepada pengendali lebuh raya berkenaan iaitu Anih Berhad.

Sementara itu, mengulas mengenai permohonan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri, Loke berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan di Parlimen esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN