Jangan ikut sedap tekak nak komen - Reen Rahim - Utusan Malaysia

Jangan ikut sedap tekak nak komen – Reen Rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Reen Rahim berang dengan segelintir warganet yang meninggalkan komen berbentuk kecaman dan kasar sehingga akaun TikToknya disekat baru-baru ini.

Pelakon Daddyku Gangster itu berkata, tindakan menganiaya sebegitu boleh menutup pintu rezeki rakan selebriti dan pempengaruh yang mungkin mencari pendapatan menerusi aplikasi tersebut.

“Saya tak mahu panjangkan cerita. Saya memang marah tetapi sekarang, sudah sejuk. Saya sudah maafkan juga mereka.

“Alhamdulillah, punca rezeki saya bukan semata di Tiktok. Tetapi bayangkan kalau terjadi kepada mereka yang memang mencari rezeki dari aplikasi tersebut. Bukankah itu menganiaya orang.

“Saya mahu tutup kes ini. Berang tetapi tak apa, saya tak mahu melanjutkan isu ini. Biarlah yang berlaku memberi pengajaran kepada kita semua,” ujarnya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.

Dalam pada itu, Reen juga menasihatkan warganet untuk berhati-hati dalam meninggalkan komen di platform sosial media supaya tidak memberi impak buruk terhadap mana-mana individu.

“Kita ambil iktibar dari pada yang terjadi. Sebelum kita muat naik gambar atau video, kita tapis dulu.

“Begitu juga mereka yang suka komen, tapis juga kata-kata dan ayat. Jangan ikut sedap tekak sahaja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN