Jakim saran jemaah pakai pelitup muka ketika solat sunat Aidilfitri

Jakim saran jemaah pakai pelitup muka ketika solat sunat Aidilfitri

UMAT Islam digalakkan memakai pelitup muka ketika solat sunat Aidilfitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan supaya jemaah memakai pelitup muka bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau.

Ketua Pengarahnya, Hakimah Mohd Yusoff berkata, saranan itu dibuat selepas merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, adalah dimaklumkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) ketika ini tertakluk kepada Fasa Peralihan ke Endemik yang sedang berkuat kuasa.

“Pada masa ini adalah digalakkan jemaah memakai pelitup muka sekiranya berada di kawasan ramai orang dan sesak.

“Ketetapan ini juga dibuat atas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar selepas mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, memandangkan SOP ini masih berkuat kuasa, maka Jakim ingin menasihatkan semua umat Islam agar mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan kawalan kendiri sekiranya mereka berada di mana-mana tempat perkumpulan ramai dan sesak termasuk di masjid dan surau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya