KUALA LUMPUR: Penangguhan bantuan ke atas Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (Ittifaqiyah) didakwa dilakukan secara semberono kerana tidak mengikut prosedur sepatutnya. Menurut sumber yang juga bekas kakitangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Utusan Malaysia, penangguhan bantuan kepada Ittifaqiyah dibuat secara tidak sah. “Bagaimana pengurusan hari ini boleh membuat keputusan menggunakan ‘mulut’ mereka sahaja dan keluarkan surat tanpa membuat perbincangan dalam mesyuarat? Itu tidak betul. “Bantuan diberikan kepada Ittifaqiyah…