KUALA TERENGGANU: Kepulangan 10 anak tersayang dari perantauan untuk menyambut lebaran menjadi detik manis buat seorang ibu tunggal dari Kampung Pulau Rusa semalam. Wahi Ali, 68 berkata, raya kali ini sangat bermakna buat dirinya kerana giliran kesemua 10 anaknya pulang ke kampung halaman untuk merayakan hari istimewa itu. Menurutnya, sejak awal Ramadan lagi dia tidak berhenti berdoa agar semua anaknya selamat dalam perjalanan pulang dan tidak mengalami sebarang kesulitan sepanjang…