MELAKA: Hospital Melaka sedang mencari waris pesakit lelaki berbangsa Cina yang meninggal dunia pada 4 April lalu.
Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Melaka, Mohd. Fairul Zaman Abdul Manan berkata, pesakit yang dikenali sebagai Ong Chin Teck, 60, menerima rawatan sejak 13 Mac lalu.
Katanya, pesakit itu meninggal dunia pada pukul 9.53 pagi dan wad terakhirnya adalah di C3.
“Hospital Melaka memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan waris pesakit. Sehubungan itu, keluarga atau orang ramai yang mengenali pesakit boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam di talian 06-2892072 atau Jabatan Forensik 06-2892515,” katanya. – UTUSAN