Hospital, klinik kesihatan Pulau Pinang beroperasi seperti biasa - Utusan Malaysia

Hospital, klinik kesihatan Pulau Pinang beroperasi seperti biasa

OPERASI di hospital dan klinik kerajaan di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa di sebalik gerakan mogok selama tiga hari oleh doktor kontrak bermula hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN : Mogok Doktor Malaysia yang bermula selama tiga hari ini bermula hari ini tidak menjejaskan perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, beliau dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Fadzilah Shaik Allaudin yang mana kesemua perkhidmatan kesihatan awam di negeri itu berjalan seperti biasa.

“Setakat pagi ini, perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan berjalan seperti biasa. Semua pihak sedang memantau perkara ini dengan rapi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi ini juga mendapati operasi di hospital berkenaan berlangsung seperti biasa.

Bagaimanapun, terdapat pesakit mendakwa perlu menunggu lebih lama dari kebiasaan untuk mendapatkan rawatan pagi ini.

Seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik pembedahan plastik dan rekonstruktif di HPP berkata, dia menunggu untuk mendapatkan rawatan di klinik berkenaan selama dua jam hari ini.

“Minggu lalu, saya hanya perlu menunggu selama 30 minit untuk mendapatkan rawatan mencuci luka.

“Tetapi hari ini, saya tiba di klinik kira-kira pukul 8 pagi dan hanya selepas pukul 10 pagi baru tiba giliran saya untuk berjumpa doktor,” katanya.

Tambahnya, para pesakit juga tidak dimaklumkan mengapa terpaksa menunggu dalam tempoh lama untuk mendapatkan rawatan hari ini.

”Pesakit yang menunggu giliran ada menyebut mengenai doktor kontrak yang melancarkan mogok hari ini, namun pihak hospital tidak memberi apa-apa penjelasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya