Henti sengketa demi kestabilan politik

Henti sengketa demi kestabilan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO dan DAP perlu menghentikan perbalahan seperti berlaku sebelum ini, bagi membina kerajaan yang betul-betul stabil dari segi politik. 

Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berpendapat kerjasama antara kedua-dua parti itu dilihat agak mencabar kerana terdapat banyak perselisihan yang berlaku antara parti tersebut malah dari segi keahlian majoriti ahli UMNO adalah kaum Melayu dan DAP pula kaum Cina, India dan sedikit Melayu.

Namun katanya, kerjasama antara kedua-dua parti itu tidak mustahil boleh dilakukan dalam  kerajaan perpaduan.

“Misalnya sebelum ini, kita lihat parti Bersatu yang terdiri daripada orang Melayu boleh bekerjasama baik dengan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tambah beliau, yang penting pemimpin pelbagai kaum dalam kerajaan perpaduan, tidak seharusnya menggunakan sentimen keagamaan dan kaum untuk dijadikan modal politik.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebelum ini menyatakan hubungan antara DAP dan UMNO tidak boleh dianggap sebagai ‘kahwin paksa’ kerana kerjasama politik tersebut adalah bagi mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan dan politik yang stabil.

Terdahulu bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan `kahwin paksa’ antara kedua-dua parti itu tidak akan bertahan lama dan saling membalas kenyataan antara pemimpin mereka boleh membawa kepada perpecahan. 

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz menyokong kerjasama pelbagai parti lain dalam Pakatan Harapan untuk membina sebuah kerajaan perpaduan bagi kebaikan  negara – –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN