‘Hari ini hari aman’ - Sanusi

‘Hari ini hari aman’ – Sanusi

ANWAR Ibrahim (dua kiri) bersalaman dengan Muhammad Sanusi Md. Nor ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Hotel Raia, Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: ‘Hari ini hari aman’. Kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Hotel Raia, di sini.

Muhammad Sanusi mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan memberi komen ringkas tersebut ketika disapa sekumpulan pemberita yang membuat liputan majlis berkenaan.

Turut hadir ke rumah terbuka itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet dan kepimpinan lain.

Sebelum ini, Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani menjadi polemik antara kerajaan dan pembangkang apabila pertama kali dianjurkan di Kedah dan lima lagi negeri berbanding kelaziman di Seri Perdana, Putrajaya.

Semalam, Muhammad Sanusi mengesahkan akan hadir ke rumah terbuka tersebut setelah Sultan Kedah berkenan berangkat memenuhi undangan Kerajaan Persekutuan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya