Foodpanda jumpa rider 'gaji kena potong' esok

Foodpanda jumpa rider ‘gaji kena potong’ esok

TANGKAP layar video Tiktok Muhd. Saifuddin mendakwa Foodpanda menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa dizalimi syarikat Foodpanda berhubung soal pembayaran gaji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Syarikat penghantar makanan, Foodpanda akan bertemu dengan rider, Muhd. Saifuddin Mustafa, 28, esok bagi mendapatkan penjelasan susulan video tular di TikTok dua hari lalu.

Foodpanda menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedia maklum mengenai isu dibangkitkan Muhd. Saifuddin itu, malah sudah menghubungi pemuda tersebut sejak Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan dalaman pihaknya mendapati, lelaki itu gagal menghantar beberapa penghantaran makanan dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai penghantar makanan.

“Kami turut menerima beberapa peringatan berhubung kegagalan penghantaran makanan oleh lelaki itu kepada pelanggan.

“Sebagai penyedia perkhidmatan, Foodpanda mempunyai tanggungjawab mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan selain memastikan makanan ditempah dihantar tepat pada masanya,” katanya.

Katanya, Muhd. Saifuddin bersetuju untuk bertemu dengan pihaknya esok bagi merungkai dakwaan dan kesulitan yang berlaku.

Sementara itu, Foodpanda turut berterima kasih kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar di atas keprihatinan terhadap isu kebajikan membabitkan sektor penghantaran makanan.

Sebelum ini, tular di laman sosial seorang penghantar makanan Foodpanda menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa dizalimi oleh syarikat berkenaan berhubung soal pembayaran gaji.

Lelaki itu mendakwa gaji yang sepatutnya diterima berjumlah RM800 tidak dibayar sebaliknya mendakwa hanya menerima bayaran sejumlah RM500 sahaja.

Video tular itu turut menarik perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang kemudiannya turut menjemput Muhd. Saifuddin ke kediaman rasmi menteri besar itu semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya