Firmino setuju sertai Barcelona

Firmino setuju sertai Barcelona

ROBERTO FIRMINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Roberto Firmino bersetuju menyertai Barcelona selepas kontraknya bersama Liverpool tamat, Jun ini.

Itu bermakna, kariernya yang gemilang selama lapan tahun bersama Reds sudah berakhir.

Bintang Brazil itu menjulang Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Piala Liga dan Piala Dunia Kelab sejak berhijrah ke Anfield dari Hoffenheim pada 2015.

Jurgen Klopp mengakui mahu penyerang berusia 31 itu kekal di England, namun Firmino sudah membuat keputusan untuk mencuba cabaran baharu.

Dia mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa diketepikan untuk tiga aksi seterusnya namun Klopp berharap dia dapat kembali sebelum hujung musim.

Pemain baharu, Darwin Nunez dan Cody Gakpo yang ditandatangani daripada Benfica dan PSV menyebabkan Firmino gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Pemain yang menjadi kegemaran peminat itu meledak 109 gol dalam 360 penampilan bersama Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN