NEW YORK: Pengambilan daadah fentanyl berlebihan menjadi punca kematian rapper terkenal, Coolio tahun lepas.
Perkara itu disahkan pengurusnya, Jarez Posey, pada Khamis (waktu) tempatan, enam bulan selepas rapper tersebut meninggal dunia.
Menurut Posey, keluarga mendiang turut dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh Pihak Polis Los Angeles.
Coolio disahkan meninggal dunia pada September tahun lalu selepas penyanyi rap itu ditemukan tidak bernyawa dalam bilik air di rumah rakannya di Los Angeles.
Mendiang berusia 59 tahun.
Mendiang memulakan kerjaya nyanyian sekitar penghujung 80-an namun hanya mula dikenali selepas lagu nyanyiannya Gangsta Paradise yang menjadi lagu latar kepada filem, Dangerous Minds menerima sambutan luar biasa.