KULAI: Dua tahanan yang melarikan diri ketika dalam perjalanan menuju ke Penjara Ledang pada 11 April lalu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam. Tertuduh, Haji Samirudin, 36, dan Riki Rinaldi, 40, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Azureen Sahira Sauffee Afandi. Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 56 (1A) (a) Akta Imigresen 1959/1963, iaitu dengan sengaja melarikan diri daripada jagaan…










