Dua lelaki ditahan ketika leka punggah mercun seludup - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan ketika leka punggah mercun seludup

ABDUL Rozak Muhammad (dua, kiri) menunjukkan sebahagian daripada mercun yang dirampas di Kampung Beris Cawat, Kuala Besut, Besut, Terengganu, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua lelaki yang sedang asyik memunggah mercun dipercayai diseludup masuk dari negara jiran berputih mata apabila ditahan dalam satu serbuan polis di Kampung Beris Cawat, Kuala Besut di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada pukul 9.30 pagi itu, dua lelaki berusia 24 dan 34 tahun berkenaan ditahan bersama sebanyak 14 jenis mercun pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, sebelum itu, sepasukan anggota Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 7, Kuantan, Pahang telah mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna, Proton Exora mencurigakan di Bandar Baru Tanah Merah, Kelantan.

Beliau berkata, kenderaan Proton Exora tersebut telah diekori sehingga memasuki sempadan daerah ini sejauh kira-kira 59 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda, Pajero dinaiki dua suspek telah sedia menunggu di tepi jalan.

“Mereka kemudiannya memunggah mercun terbabit ke dalam kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Pajero dari Proton Exora sebelum anggota polis terlibat memperkenalkan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini, hari ini.

Abdul Rozak berkata, dua suspek yang menaiki kenderaan Mitsubishi Pajero berjaya diberkas namun pemandu Proton Exora berjaya melepaskan diri.

Tambah beliau, siasatan awal mengesyaki kedua-dua suspek merupakan ‘transporter’ yang mahu membawa masuk mercun dari negara jiran itu untuk pasaran Kuala Terengganu.

“Kedua-dua suspek berusia 24 dan 34 tahun yang positif dadah jenis methamphetamine  masing-masing mempunyai dua dan tiga rekod jenayah lampau.

“Mereka ditahan reman sehingga Khamis ini (esok) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya