Cuaca panas, bil elektrik melambung sekali ganda - Utusan Malaysia

Cuaca panas, bil elektrik melambung sekali ganda

MAT Yusof Kasim bersama isteri terpaksa berehat di halaman rumah ekoran cuaca panas di Kampung Banggol Che Wan, Meranti, Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Cuaca panas yang melanda negeri ini menyebabkan bil elektrik naik sekali ganda selepas penduduk terpaksa menggunakan kipas dengan lebih ke­rap selain memasang penyaman udara bagi meredakan bahang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penduduk terpaksa berbuat demikian selepas tidak lagi mampu menahan bahang panas yang sedang melanda ketika ini.

Seorang penduduk, Mat Yusof Kasim, 54, berkata, dia terkejut apabila mendapati bil elektrik di rumahnya melambung sekali ganda.

Menurutnya, kebiasaan bil elektrik rumahnya kurang daripada RM20 namun kini meningkatkan sehingga RM48.

“Saya antara pengguna elek­trik yang menerima rebat daripada kerajaan kerana bil di bawah RM40 sebulan.

“Tetapi bulan ini bil elektrik saya kena caj RM48, risau juga tak mampu nak bayar kerana pendapatan sebagai seorang buruh kampung tidak menentu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Che Wan, Meranti di sini.

Mat Yusof memberitahu, di­sebabkan cuaca panas yang melampau dia yang tinggal bersama isteri dan seorang anak terpaksa membiarkan kipas berpusing sepanjang masa.

Sementara itu, Norhayati Mohd Yusoff, 57, turut me­ngakui bil elektriknya meningkat sekali ganda.

Katanya, peningkatan itu susulan dia terpaksa menggunakan kipas berterusan untuk meredakan bahang panas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya