PETALING JAYA: Hari Raya Aidilfitri tahun ini diserikan dengan kemunculan telefon pintar iQOO Z7, satu jenama subsidiari Vivo Malaysia. Direka khas bagi keperluan pengecasan pantas, iQOO Z7 boleh didapati pada harga serendah RM879.10.
Terdapat tiga model ditawarkan bersama promosi diskaun hebat sempena lebaran. Model tersebut adalah:
iQOO Z7 12 + 256 RM1499
Promosi Raya: RM1329
iQOO Z7x 8+128 RM999
Promosi Raya: RM879.10
iQOO Z7x 8+256 RM1099
Promosi Raya: RM969.10
Untuk makluman, promosi raya ini hanya tersedia di platform Shopee.
TENTANG iQOO Z7
Dikenali dengan pengecasan yang sangat pantas, siri iQOO Z7 dilengkapi dengan Flashcharge 120W. Sementara itu, pemproses Snapdragon 782G memastikan prestasi yang lancar dan tahan lama.
Ia dilengkapi dengan memori tambahan 12/8GB+8GB. Walaupun iQOO dikenali dengan telefon pintar untuk permainan, siri iQOO Z7 pasti tidak mengecewakan dengan 64MP OIS Ultra Sensing Camera membantu mengambil gambar berkualiti tinggi.
Model ini juga turut dilengkapi dengan Sistem Penyejukan VC dan FHD+DotDisplay 120Hz.
Selain itu, pelanggan yang membeli siri iQOO Z7 berpeluang untuk menyertai kempen siri iQOO Z7 ‘dreams come true’ melalui beberapa langkah mudah.
Langkah 1: Muat naik gambar anda bersama iQOO Z7 / iQOO Z7x di Facebook dan ceritakan impian anda dari 10 April hingga 10 Mei.
Langkah 2: Letakkan hashtag #iQOOZ7Series #DreamwithiQOO #iQOOMY #PowerZGiler.
Langkah 3: Screenshot pos anda dan kongsikan di bahagian komen Pos Kempen sebagai bukti penyertaan.
Untuk maklumat lanjut, layari pautan https://linktr.ee/iqoomy. – UTUSAN