PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan laman web rasmi agensi itu diserang penggodam dikenali ‘CaptainSmok3r’ awal pagi semalam. Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serangan siber kira-kira pukul 2 pagi itu berbentuk defacement dan telah mengakibatkan muka hadapan laman web JIM ditukar kepada paparan imej yang lain. Kata beliau, walau bagaimanapun, capaian-capaian yang berkaitan dengan perkhidmatan JIM seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terkesan dengan insiden ini. “JIM telah…










