Budak 4 tahun melecur main bunga api  - Utusan Malaysia

Budak 4 tahun melecur main bunga api 

KANAK-KANAK perempuan melecur hampir 46 peratus anggota badannya dipercayai akibat disambar api di Pendang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Seorang kanak-kanak perempuan melecur sebahagian badan dipercayai akibat disambar api ketika bermain bunga api dan mercun di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Nur Zatil Hidayah Mohd. Tarmizi, 4, melecur kira-kira 46 peratus pada anggota badan.

Polis menerima maklumat berhubung kejadian daripada pihak Hospital Pendang pada pukul 2.45 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua abangnya berusia tujuh dan 10 tahun bermain bunga api dan mercun di hadapan rumah.

Katanya, ibu bapa mangsa pula berada di dalam rumah dan dikatakan sedang menonton televisyen.

“Tiba-tiba pasangan suami isteri itu dikejutkan dengan jeritan mangsa dan berlari keluar sebelum mendapati dua anak lelaki mereka sedang cuba memadam api yang membakar tubuh mangsa,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, bapa mangsa yang bekerja kampung itu kemudian mengambil sebaldi air lalu menjirus pada badan anaknya itu sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Pendang.

“Kita masih menjalankan siasatan berikutan bapa mangsa mendakwa anak perempuannya itu disyaki terbakar selepas disambar api daripada pelita minyak tanah ketika ingin menyalakan bunga api.

“Kejadian sebenar hanya akan diketahui selepas kita merakam keterangan dua abang mangsa kerana buat masa ini mereka masih dalam keadaan trauma dengan insiden yang berlaku,” jelasnya.

Tambahnya, pihak hospital setakat ini masih belum memaklumkan laporan keputusan punca kecederaan sebenar mangsa sama ada disebabkan oleh minyak pelita atau mercun.

“Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu ibu bapa atau penjaga mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya