Bersahur secara santai di Car Food Sahur - Utusan Malaysia

Bersahur secara santai di Car Food Sahur

SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang tidak melepaskan peluang bersahur di program jualan Car Food Sahur di Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lebih 1,000 pengunjung mengambil kesempatan bersahur secara santai sambil menikmati makanan dan minuman istimewa yang dijual di program jualan Car Food Sahur di parkir Hotel Primula, Batuk Buruk di sini, pada setiap malam di bulan Ramadan ini.

Menurut salah seorang penganjur, Arif Abdul Razak, 37, sebanyak 30 vendor dengan lebih 75 menu makanan dan 15 jenis minuman dijual di tapak tersebut yang beroperasi dari pukul 11 malam hingga 3 pagi.

Katanya, antara menu menarik yang dijual adalah nasi dagang, nasi mi­nyak, keropok lekor, laksa, makanan barat, Korea, Indonesia dan makanan ringan.

“Kami juga menitikberatkan harga makanan dan pelanggan boleh membeli makanan atau minuman pada harga serendah RM2 sehingga RM21 bergantung kepada menu pilihan.

“Sambutan diterima di luar jangkaan dan saya tidak sangka pengunjung datang memeriahkan Car Food Sahur,” katanya di sini semalam.

Arif memberitahu, program tersebut telah dihentikan sementara selama tiga tahun sebelum ini akibat Covid-19 dan diteruskan semula tahun ini selepas mendapat banyak permintaan.

Sementara itu, seorang pengunjung, Nor Zanariah Mohamad, 62, berkata, dia merupakan pelanggan tetap Car Food Sahur sejak mula diadakan pada 2015 dan memilih lokasi itu kerana keunikan yang tersendiri.

Menurutnya, Car Food Sahur boleh diangkat sebagai produk pelanco­ngan negeri sepanjang bulan Ramadan dan sesuai dijadikan tempat meluangkan masa bersama keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN