Bekas suami Loh Siew Hong didenda RM20,000

Bekas suami Loh Siew Hong didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas suami Loh Siew Hong yang sebelum ini melarikan dan menukar agama tiga anak mereka tanpa kebenaran ibu kanak-kanak itu didenda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi (Keluarga) di sini hari ini.

Ia selepas mahkamah mendapati lelaki berkenaan, Muhammad Nagahswaran Muniandy telah melanggar perintah penjagaan tiga anak mereka dan mengganggu proses keadilan.

Hakim Evrol Mariette Peters memerintahkan agar denda tersebut dibayar dalam tempoh 14 hari bermula hari ini. Gagal membayar denda tersebut, Muhammad Nagahswaran boleh dipenjara selama 14 hari.

Pada 20 September 2022, Siew Hong memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas suaminya itu.

Prosiding komital adalah satu prosiding untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap seseorang yang dikatakan  menghina mahkamah dengan melanggar perintah yang telah dikeluarkan. Mana-mana individu yang didakwa menghina mahkamah boleh dipenjarakan.

Siew Hong berpisah dengan Muhammad Nagahswaran pada Mac 2019 yang mana wanita itu telah diberikan hak jagaan, pemeliharaan dan kawalan tunggal terhadap ketiga-tiga anaknya melalui perintah Mahkamah Tinggi pada 31 Mac 2021.

Pada 7 Julai 2019, lelaki terbabit dilaporkan melarikan tiga anaknya ketika ketiadaan bekas isteri dan menukar agama sebelum menempatkan kesemua anaknya di pusat kebajikan di Perlis.

Pada 21 Februari lalu, tiga beradik itu diserahkan dengan serta merta kepada Siew Hong selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN