Arwah Mael hormat orang lain - Joe Wings - Utusan Malaysia

Arwah Mael hormat orang lain – Joe Wings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan Wings, Abdul Zamin Abdul Kadir atau Joe menyifatkan vokalis XPDC, Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael sebagai insan berhati baik dan komited terhadap kerja.

Kata Joe, disebabkan itu, arwah disenangi oleh ramai lebih-lebih lagi yang pernah bekerja dengannya.

“Kali terakhir kami berkongsi pentas adalah pada Disember tahun lepas. Arwah seorang yang komited terhadap tugasnya.

“Dia suka menyendiri, hormat orang lain dan tak cakap pasal orang. Dia jaga diri dia, tak ganggu orang lain. Habis show, balik kepangkuan keluarga,” katanya.

Mael menghembuskan nafas terakhir semalam ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor.

Allahyarham dilaporkan semput sebelum dibawa ke hospital selepas Maghrib.

Jenazahnya selamat dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.

Joe pada masa sama berharap peminat mendoakan dan menghadiahkan arwah Al- Fatihah agar rohnya tenang bersama para solihin.

“Kita doakan arwah bersama orang beriman. Hadiahkan Al-Fatihah untuknya.

“Pengakhirannya baik. Allah ambil dia pada hari mulia, di bulan Syawal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya