Apakah berita gembira bakal diumumkan PM?

Apakah berita gembira bakal diumumkan PM?

ORANG ramai kini menunggu pengumuman berita gembira oleh Perdana Menteri pada pukul 2 petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia kini ternanti-nanti khabar gembira yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 2 petang ini.

Ia susulan ucapan Perdana Menteri dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh minggu lalu yang memaklumkan akan membuat pengumuman ‘berita baik’ untuk semua rakyat pada hari ini.

Beliau dijangka membuat pengumuman itu dalam satu sidang media Perdana Menteri itu yang bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial.

Malah Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pernah menyatakan soal sama dengan Perdana Menteri dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini.

“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” katanya dalam ciapan Twitter minggu lalu.

Perkara tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam orang ramai yang menanti berita baik sama ada melibatkan pemberian tol percuma bersempena Aidilfitri pada Sabtu atau pelbagai lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN