Anggota polis berpangkat sarjan cedera dirempuh lelaki bergaduh dengan ibu mentua - Utusan Malaysia

Anggota polis berpangkat sarjan cedera dirempuh lelaki bergaduh dengan ibu mentua

MARINA Ahmad yang cedera diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan selepas dilanggar seorang lelaki di Jalan Dato' Chukai, Kemaman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan cedera parah dirempuh sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki yang sedang mengejar kenderaan ibu mentuanya di Jalan Dato’ Chukai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, Marina Ahmad, 36, yang merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini cedera di bahu kanan akibat kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga bertindak melarikan diri selepas kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, suspek yang berumur 51 tahun mengekori ibu mentuanya berusia 69 tahun yang dalam perjalanan ke Balai Polis Chukai di sini untuk membuat laporan selepas berlaku pertelingkahan antara mereka.

Katanya, suspek kemudian cuba memotong kereta Perodua Axia yang dipandu ibu mentuanya Itu secara melulu dan merbahaya, sebelum terlanggar motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang anggota polis yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak dan kemudiannya terjatuh di atas jalan serta mengalami kecederaan parah.

“Lelaki itu kemudiannya bertindak melarikan diri dengan memecut laju Proton Saga berwarna merah yang dipandunya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Hanyan berkata, mangsa yang cedera telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Tambahnya, suspek yang merupakan seorang buruh sawit berjaya ditahan di Kampung Ibok, Kijal, dekat sini, pada pukul 2.15 petang ini.

“Suspek berjaya ditangkap di kawasan Ibok, iaitu kira-kira 18 kilometer dari lokasi kemalangan.

“Suspek ditahan selepas kereta Proton Saga yang dipandunya rosak dan tersadai di tepi jalan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya, Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat serta Seksyen 506 kanun yang sama melakukan ugutan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya