KUALA NERUS: Seorang bapa tidak menyangka perubahan sikap ditunjukkan anak perempuan tunggalnya sejak empat hari lalu menjadi petanda kanak-kanak itu akan pergi buat selamanya. Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 30, yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur, berkata, anak perempuannya, Alisha Mardhiah, 2, seolah-olah menjauhkan diri beberapa hari sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor dekat Cheneh, Kemaman, petang semalam. Namun, katanya, dia yang tiba di Kampung Pengkalan Atap,…