Aliff Syukri mahu berduet dengan Siti Nurhaliza

Aliff Syukri mahu berduet dengan Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menyatakan hasrat untuk berduet dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tahun depan.

Katanya, Siti adalah penyanyi yang setaraf dan bersesuaian dengan bakat yang dimiliki oleh usahawan kosmetik itu.

“Kalau dengan artis lain takut tenggelam suara mereka. Maklumlah bakat saya luar biasa sebab itu lagu saya trending (sohor kini). Ini fakta bukan auta,” tulisnya dalam Instagram, hari ini.

Kapsyen tersebut dihujani pelbagai komen netizen termasuk yang mempertikaikan suara Aliff yang tidak layak bergelar penyanyi.

“Kenapa suara awak macam itik menangis kematian je? Kurang kasih sayang ayah ke?” soal netizen.

“Sedih lihat orang yang nak perhatian ini,” tulis warga maya.

“Boleh tahu siapa yang buat jalan cerita video muzik ini? Sumpah mengarut,” kata pengguna media sosial.

Tahun lalu, Aliff pernah dihadapkan ke Mahkamah Sepang berhubung dakwaan memuat naik kandungan bersifat sumbang menerusi klip video muzik sempena Aidilfitri.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadan.

Bagaikan tidak serik dengan pendakwaan itu, Aliff sekali lagi memperkenalkan video muzik baharu berjudul Cak Kun Cak Raya yang akan disiarkan Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN