AKPK sahkan penjenayah siber terbit data pelanggan di web gelap

AKPK sahkan penjenayah siber terbit data pelanggan di web gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengesahkan terdapat data pelanggannya  yang diterbitkan di web gelap oleh penjenayah siber.

Agensi itu dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan lanjut dengan pakar keselamatan siber pihak ketiga sedang dijalankan dan setakat ini kira-kira 20 data pelanggan AKPK dikesan terlibat.

“Kira-kira 20 pelanggan AKPK melibatkan nama dan nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Nasional (NRIC) telah diterbitkan. Kami sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menangani kemungkinan lebih banyak data pelanggan AKPK diterbitkan,” katanya.

Menurut AKPK, pihaknya  bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital dan CyberSecurity Malaysia dalam menjalankan siasatan menyeluruh. 

Katanya, mereka sedang berusaha mengenal pasti maklumat khusus yang telah diakses secara haram dan memaklumkan kepada pelanggan yang terjejas.

“Kami juga menghubungi pelanggan untuk memberitahu mereka tentang pelanggaran keselamatan ini dan membantu mereka mengambil langkah-langkah yang perlu untuk perlindungan masing-masing. 

“AKPK juga sedang mengembalikan sistem secara berperingkat dan akan memberi kenyataan rasmi yang terkini serta melaksanakan pengaturan operasi yang perlu bagi meneruskan perkhidmatan kami kepada pelanggan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN