Ahli Parlimen Tebrau sedia khidmat guaman kepada pasangan tular

Ahli Parlimen Tebrau sedia khidmat guaman kepada pasangan tular

Jimmy Puah Wee Tse
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse sedia memberikan perkhidmatan guaman secara pro-bono kepada pasangan kekasih yang tular kerana didakwa melakukan perbuatan jelik di dalam kereta, baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi PKR Johor berkata, pihaknya berharap tindakan adil turut diambil terhadap pelaku yang merakam dan menyebarkan kejadian tersebut dalam media sosial.

Katanya, pihaknya bersama seorang lagi peguam iaitu Tan Chia Wei akan mengunjungi Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam, esok untuk mendapatkan butiran lebih lanjut berhubung kes berkenaan.

“Saya dan peguam Tan Chia Wei telah berjumpa dengan pasangan yang terlibat dan keluarga mereka di Pusat Khidmat pada pukul 12 tengah hari ini untuk memberi nasihat dan bantuan guaman pro-bono. Selepas mendengar cerita daripada pasangan tersebut, pandangan saya adalah sekiranya pasangan itu disabitkan bersalah, ia akan membawa impak negatif kepada mereka.

“Ini kerana mereka disiasat bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, jika disabit bersalah, hukuman adalah penjara tidak melebihi dua tahun, manakala orang di bawah 18 tahun pula akan dihantar ke sekolah pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Wee Tse, dia bagaimanapun tidak menafikan daripada sudut moral, perbuatan pasangan berkenaan kurang sesuai namun untuk dihukum dengan penjara adalah terlalu berat.

“Selain itu, kita juga dimaklumkan bahawa pihak yang merakam video tersebut telah menyamar sebagai anggota polis. Pihak perakam juga cuba meminta IC (kad pengenalan) daripada pasangan dan bila mereka enggan mengikut arahan, mereka diugut oleh pihak perakam. Mereka pun cuba melarikan diri tetapi dikejar pihak perakam sehingga tiba di Balai Polis Pasir Putih,” ujarnya.

Semalam, suspek lelaki yang berusia 22 tahun dan suspek perempuan yang berusia 17 tahun dikenakan tahanan reman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru. Mereka bagaimanapun dibenarkan pulang selepas kedua-duanya diberikan jaminan polis.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman memaparkan kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan jelik di dalam sebuah kenderaan berwarna merah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya