Agong, Raja Permaisuri rai warga ATM di majlis berbuka puasa

Agong, Raja Permaisuri rai warga ATM di majlis berbuka puasa

KEBERANGKATAN tiba Seri Paduka disambut pegawai pegawai utama Angkatan Tentera bagi ketiga tiga cabang perkhidmatan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam. 

Menurut Istana Negara, majlis itu melibatkan kehadiran sekitar 1,500 orang yang terdiri daripada warga ATM dan kakitangan awam yang bertugas di Kementerian Pertahanan. 

“Pada majlis tersebut, Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi ATM turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 50 anak yatim, balu ATM serta kakitangan awam kementerian selain berkenan menunaikan solat maghrib bersama para jemaah sebelum berangkat pulang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu,  keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada pukul 6.40 petang disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima ATM Jeneral, Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya