30,000 'serbu' Rumah Terbuka MB, Kerajaan negeri - Utusan Malaysia

30,000 ‘serbu’ Rumah Terbuka MB, Kerajaan negeri

MOHD. Shukri Ramli (dua dari kanan) menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan 2020, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan 2020 di sini  hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran sekitar 30,000 pengunjung.

Majlis yang bermula pada pukul 11 pagi sehingga 4.30 petang itu turut mengumpulkan sebanyak 36 agensi negeri dan Persekutuan yang terlibat sama bagi menyediakan menu juadah menarik buat tetamu yang hadir.

Menerusi penganjuran ini, terdapat 46 jenis menu yang disediakan bagi memberi lebih pilihan buat pengunjung dalam meraikan perayaan Aidilfitiri kali ini.

Malah, majlis sambutan ini juga merupakan julung kali dianjurkan oleh kerajaan negeri dibawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kehadiran pengunjung dilihat amat menggalakkan apabila ada diantara mereka terpaksa memakirkan kenderaan sejauh kira-kira lima kilometer dan berjalan kaki menuju ke dewan majlis tersebut.

Turut berangkat sama dalam majlis berkenaan adalah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020, Perlis hari ini-UTUSAN

Dalam majlis sama, kanak-kanak yang hadir turut diraikan apabila menerima sumbangan duit raya.

Sementara itu, Mohd Shukri dalam ucapannya berkata, pihaknya merasa amat teruja di atas komitmen padu dan hebat daripada semua pihak bagi menjayakan pelaksanaan majlis tersebut.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah buat semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang sejak beberapa hari lepas telah turun padang untuk persiapan majlis ini,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd Shukri berkata, pada bulan Ramadan lalu, Perlis telah merekodkan pengurangan kutipan sampah sebanyak satu tan metrik dan ini merupakan satu perkembangan positif.

Tambahnya, situasi itu mungkin berlaku disebabkan kebanyakan masyarakat Islam berpuasa di siang hari.

“Namun seharusnya kita menjadikan usaha ini satu permulaan untuk ke arah perubahan yang lebih baik.Negeri kita akan bertambah bersih dan ceria daripada pembuangan sampah yang tidak terkawal,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya